Search site


Contact

Iera Nadira [tuan punya belog]

E-mail: iera96nadira@ymail.com



Kecewa? Usaha lagi ya.

Sampai berjaya!

Hidup biar selamba beb!

Stress? Meh goyang-goyang kepala

macam ni. Gi amik wudhu pun boleh.

Banyak masalah ya?

Masalah ummah di luar tu lebih besar... =)

Usah Kau Toleh ke Belakang Lagi...

29/04/2010 21:17

Titik-titik hujan bertali-temali dari langit. Gugur mengalunkan rentak simpati. Menemani hatiku yang bercerita sendiri. Aku rindu, bunga-bunga kemesraan berkembang mewangikan kasih, bersama cinta suci menyapa hati, mendamaikan jiwa-jiwa kita. Biar pun hati sedang berkocak di tengah kekalutan, ukirkanlah segaris senyuman, penawar perasaan yang sedang hangat dalam kepanasan.

 

Duhai atma, di manakah aku?! Manusia berkejaran sana-sini tanpa arah?! Apakah ini?! Kota yang tenggelam di lembah gelisah! Aduhai manusia... haruskah membara-bara api perhitungan di wajahmu? Haruskah carut-mencarut bahasa terindah buatmu? Haruskah sentiasa kautangisi kepiluan dirimu? Hingga bilakah kau mahu senyap dalam seribu kegelapan? Ayuh, bangunlah duhai khalifah sekalian!

 

Tidak perlu engkau menoleh ke belakang lagi! Cukuplah segala memori mengiringi kaupergi. Tetapkan tujuanmu, mulakan langkahmu. Sedarlah, perjalanan seribu batu itu bermula dari seribu langkah! Jangan engkau endahkan segala daun-daun yang berguguran, yang membentuk sekeping hati yang keliru. Sematkan dalam hatimu, tujuanmu hanya satu. Lalai sesaat adakalanya mengalirkan air mata selama setahun..

Topik: Usah Kau Toleh ke Belakang Lagi...

No comments found.