Search site


Contact

Iera Nadira [tuan punya belog]

E-mail: iera96nadira@ymail.com



Kecewa? Usaha lagi ya.

Sampai berjaya!

Hidup biar selamba beb!

Stress? Meh goyang-goyang kepala

macam ni. Gi amik wudhu pun boleh.

Banyak masalah ya?

Masalah ummah di luar tu lebih besar... =)

Solat Ohh Solat

29/04/2010 21:25
Mungkin cerpen ni meleret-leret dan membosankan, tapi... saya harap sangat yang membaca akan mendapat serba-sedikit ilmu..
 


“Surau ni terbiar saja, kan?”

“A’aa, betul tu…”

“Kenapa surau ni tak ramai yang guna?”

“Kau tanya aku buat apa…”

“Manalah tahu kau ada jawapan…”

“Aku tak tahu…”

Zahir merenung Fawwaz, suram. “Khusyuk betul kau solat tadi,” Ujar Fawwaz sambil melabuhkan punggung di atas tangga surau. “Mana kau tahu aku khusyuk atau tidak?” Fawwaz diam, soalan yang bertamu tanpa jawapan. “Orang kampung macam tak kisah fasal surau ni,” Zahir melahirkan rasa kecewanya.

“Apa yang kau kisah sangat pasal surau ni?! Ini bukan surau di kampung kau, ni kampung aku! Penyibuk!” Fawwaz meninggikan suara sambil menghentak kaki atas tangga surau. Kedengaran bunyi sesuatu seperti bunyi kayu yang patah. “Kalau ya pun kau tak suka aku ajak kau bersolat, tak payahlah hentak kaki macam raksasa. Buat runtuh surau ni ja..” Zahir menegur perbuatan Fawwaz.

“Kenapa kau nak solat?” Fawwaz berkata seperti sedang berbisik. “Hah? Aku tak dengar!” Dahi Zahir berkerut. “Pekaklah kau ni!” Tempelak Fawwaz. Habis berlubang lantai surau dimakan tumbukan Fawwaz.

“Cakaplah kuat sikit! Kau cakap macam ‘pondan Malaya terakhir’, macam mana aku nak dengar?!” Walaupun Zahir baharu selesai solatnya, namun api kemarahan sudah mula merebak di dalam hati. Warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya mula menegang. Itulah Zahir dan Fawwaz, dua saudara seislam yang payah menahan kemarahan.

Sesungguhnya, kemarahan mengumpul segala keburukan. Hasan al-Basri pernah berkata, sesiapa yang mampu menahan rasa marahnya, maka dia diharamkan Allah dari api neraka.

“Aku tanya kau, kenapa perlu solat?!” Fawwaz menempelak sekali lagi. Zahir terpaku. Sungguh dia tidak pernah menyangka soalan sebegitu masih perlu dijawab. “Kau ni betul-betul bodohlah! Sebab Allah suruhlah, apa lagi!” Begitu mudah sekali jawapan yang keluar dari mulut Zahir.

Fawwaz tersenyum mengejek. “Hek eleh, memang Allah suruh, tapi sebab apa?!”

Zahir terdiam. Bintik-bintik keringat mula terpamer pada wajahnya.

“Itulah kau! Main solat saja! Tapi solat itu untuk apa kau tidak tahu! Kau itulah yang bodoh!” Ejek Fawwaz. “Puih!”

Fawwaz berlalu pergi. Hatinya masih panas, namun dia gembira kerana dapat mengenakan Zahir semula.

Zahir masih di situ. Terduduk di tangga surau dengan wajah masam mencuka. Kata-kata Fawwaz berlegar-legar di cuping telinganya.

‘Itulah kau! Main solat saja! Tapi solat itu untuk apa kau tidak tahu! Kau itulah yang bodoh!’

“Arggghhhhhhhh~!”

=…=…=…=
 
 
 
Masa terus berlalu pergi. Sudah 23 tahun Fawwaz dan Zahir tidak berjumpa. Masing-masing dengan tanggungjawab yang harus digalas.

“Assalamualaikum, encik,”

“Waalaikummussalam! Ya, apa boleh saya bantu?”

“Saya sebenarnya, mencari seorang rumah rakan saya bernama Muhammed Fawwaz Syauqie. Ini alamatnya!”

“Aii, zaman sekarang orang guna telefon teruslah. Kau tak ada nombor telefon orang yang kau nak cari ni? Ketinggalan zaman betullah…”

Wajah Zahir tampak merah. Telinganya berdesing. “Encik, kalau encik tak mahu bantu tak mengapa. Tak perlu hina orang lain,” Lantas dirampasnya semula kertas bertulis alamat itu daripada genggaman lelaki yang baginya sangat tidak beradab. Baru beberapa saat kaki Zahir melangkah pergi…

“Woi! Kau nak pergi mana?! Aku ada hutang dengan kau!” Laung lelaki tidak beradab itu.

Langkah Zahir terhenti. ‘Hutang apa pula mamat sorang ni!’ Getus hatinya.

“Aku berhutang dengan kau satu soalan!” Zahir mendengus. ‘Kenal pun tidak. Tiba-tiba kata ada hutang soalan, hish..’

“Kenapa harus solat?” Ujar lelaki itu pada kali ini agak perlahan. Zahir terpaku. “Kau..kau.. kau Fawwaz?”

=…=…=…=

“Kau masih berpegang pada soalan itu?” Ujar Zahir menghamparkan pertanyaan sambil melihat-lihat segenap pelusuk ruang tamu itu. ‘Hurm, mewah juga rumah kawan lama aku ni…’

“Ya,” Jawapan ringkas daripada Fawwaz yang kini bergelar suami. Minuman yang dibuat isterinya terhidang di hadapannya sedikit pun tidak dijamu. “Tapi aku tak sangka kita boleh jumpa semula,”

Zahir diam sebentar. Mengumpul ayat yang sesuai untuk persoalan sahabatnya itu. Kepada ayahnya dia bertanya, kepada ibunya, kepada saudara-maranya, kepada jirannya, namun jawapan yang mereka berikan adalah sama. “Dah Allah suruh.. supaya tak masuk neraka.. supaya hidup bahagia..” . Zahir hampir putus asa. Entah mengapa, soalan yang dianggapnya mudah itu memberi impak dalam hidupnya.

Akhirnya dia terfikir, ‘untuk apa aku solat jika aku tak tahu mengapa aku harus solat?’. Ya! Dan dia bertekad mahu mencari jawapan.

“Solat itu istimewa. Ia penghubung antara kita dan Allah. Kita hidup di bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Solat juga membasuh segala dosa-dosa kecil kita. Baiknya Allah itu, kan? Tambahan pula, perkara pertama yang akan dihisab ialah solat. Penting betul solat tu dalam hidup kita. Kalau kita tak rasa apa-apa kalau tinggal solat, mesti ada something wrong dalam hati kita..” Ujar Zahir panjang-lebar. Wajahnya tampak yakin dengan jawapan yang diberi.

Fawwaz mengukir senyuman. Ditepuk-tepuk bahu sahabatnya itu. “Aku sebenarnya saja menguji kau,” Zahir mengangkat kening, “Persoalan kau bagus kerana ia membuatkan aku berfikir selama enam tahun. Aku dapat merasa manisnya iman apabila mengetahui nilai solat yang sebenar. Terima kasih, kawan!”

 
“23 tahun kita tak berjumpa, kau semakin skema…” Ujar Fawwaz dalam nada mengusik.

“Kau...!!! Aku tak skema!


=…=…=…=
 
Persoalan sudah terjawab. Kini, manisnya iman sangat terasa ibarat gula-gula. Kadang-kala, soalan seperti ini kita anggap remeh. Namun, tidak ramai di antara kita dapat menjawab soalan ini selengkapnya. =)

Topik: Solat Ohh Solat

Date: 12/05/2010

By: beskut gula

Subject: erm..

best jgk cerpen ni..

Date: 11/06/2010

By: tuan punya belog

Subject: Re: erm..

Tengs. Ingat takde orang komen belog buruk ni. huhu~