Assalamualaikum,
'Alahai, dalam rumah pun nak cantik-cantik ke...' - monolog hatiku.
Luaran atau Dalaman?
Adik saya yang tengah ni, 9 tahun, memang agak feminin. Semua penampilan luarannya dijaga dengan baik. Katanya, mahu kelihatan kemas dan cantik. Pantang rambut berserabut sikit, mulalah cari sikat. Dialah yang paling menonjol dalam adik-beradik.
Pernah suatu hari, tergerak hati saya untuk bertanya. Sekadar mahu menguji sejauh mana dia berfikir dalam usia tersebut. "Adik, penampilan yang cantik, luaran atau dalaman(hati) yang paling penting?". Sekejap saja saya menunggu jawapannya. "Tentulah dalaman,". Bersahaja dia menjawab, sambil membetulkan rambut. Heh~
Saya mengukirkan senyuman. "Adik selalu cantikkan bahagian luaran. Bahagian dalaman macam mana? Cantik tak?". Ingin sekali saya tahu apa jawapan yang akan keluar dari mulut si kecil itu. "Cantik laa!". Tegasnya. Simple. "Ya ke?". Sengaja saya menokok tambah soalan, seronok betul tanya soalan cepumas pada budak kecil. :P Adik saya diam. Kelihatannya malas menjawab soalan yang saya lemparkan. Adoyai budak ni nak kena betul~
Kecantikan Sejati Adalah Kecantikan Hati
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”. Riwayat Muslim
Kecantikan dalaman = akhlak mahmudah.
Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti. Sia-sia sahaja kita cantikkan luaran kita, jika dalaman tidak turut dicantikkan sekali. Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi fitnah pada agama. Contohnya, banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam. Kenapa ini berlaku? Kerana kurangnya akhlak mahmudah dalam diri kita.
Saya juga sedang berusaha membaiki diri. Di mana silap saya, tegurlah dan maafkan. Jom kita cari Nur, cari jalan pulang, bawa balik satu kampung ke jalan yang lurus, jangan patah balik. Nanti sesat~.
Di kopi pasta daripada :- https://imanmutiara-iera.blogspot.com