Search site


Contact

Iera Nadira [tuan punya belog]

E-mail: iera96nadira@ymail.com



Kecewa? Usaha lagi ya.

Sampai berjaya!

Hidup biar selamba beb!

Stress? Meh goyang-goyang kepala

macam ni. Gi amik wudhu pun boleh.

Banyak masalah ya?

Masalah ummah di luar tu lebih besar... =)

Fadia - Sang Penebus

12/05/2010 18:01

Kerenah yang tersirat,
Identiti ya
ng bermuslihat,
Kecekalan sekuk
uh besi khursyani.

Ini cerpen... tak, ini bukan cerpen. Ini cerita benar yang diolah. Yaa, ini cerpen. Latar tempat? Pembaca boleh agak sendiri. Nama-nama watak telah diubah bagi mengelakkan keaiban. :' )



2007

Sayup-sayup kedengaran suara manja Irtifa. "Mak, Irtifa nak belajaq sunggoh-sunggoh, Irtifa nak berjaya macam Bang Lias,". Tok Teh menoleh. "Irtifa..?". Cengkerik-cengkerik berlagu sepi. "Irtifa..." Tok Teh terjelepok jatuh. Mindanya menjangkau kenangan lalu.


1999 - Hambatan Memori

"Irtifa, atap ghumah ni bocoq...", Tok Teh mengadu.

"Budak-budak kampung ni kan ramai? Tak boleh minta tolong diorang?"

"Payah la Irtifa... Hmm, takpalah. Irtifa, mak masak cencaru sumbat cili, timun bersantan, dengan ayaq asam. Maih makan na? Irtifa suka makan tu kan dulu? Tiap-tiap minggu Irtifa sughoh masak, aghwah ayah pon suka makan..." Tok Teh mengulum senyuman tipis.

"Tu dulu, mak. Sekarang Irtifa tak lalulah nak makan tu semua. Bosanlah. Dahlah rumah ni buruk," Hati Tok Teh terhiris. Bukankah di rumah itu Irtifa membesar? Bermain, berkejaran, belajar? Sudah lupa jugakah dia juadah kegemarannya? Loghat pertuturannya? Anak jati orang utara?

"Nanti Irtifa minta tolong Bang Lias upah orang bina rumah baru untuk mak. Rumah batu. Bukan rumah kayu. Guna tanah sebelah rumah Pakcik Halim, yang Pakcik Halim bagi tu," Salina mengeluarkan not RM100 sebanyak empat keping. Dihulurkan wang itu kepada Tok Teh. "Mak ambil duit ni buat belanja,".

Pedih sungguh hati Tok Teh. Di matanya terpancar suatu kesuraman yang amat. "Irtifa, mak nak wat apa duit banyak-banyak lagu tu? Tak gheti mak nak guna. Ghumah tu pon mak tak mau. Biaq la ghumah ni bughok, sebab ghumah ni la tempat Irtifa besaq, tempat aghwah ayah ceghia, tempat Bang Lias maein sama-sama ngan Irtifa, banyak benda seghonok dalam ghumah ni...". Sepatah-sepatah Tok Teh bersuara. Wanita berusia 70-an itu kelihatan muram.

"Mak ni tolak tuahlah. Orang nak bina rumah percuma, taknak,"

"Ikut hati Irtifa laa. Nanti ghajin-ghajin la kelik gumah naa, buleh sembang lagu ni, sat pun takpa...". Tok Teh sedaya-upaya menyembunyikan hati tuanya yang terluka. Mengenai atap rumah yang bocor itu, ia bukannya masalah besar. Tok Teh cuma mahukan perhatian anak-anaknya. Tok Teh tidak rela berjauhan terlalu lama dengan putera-puterinya. Kasih sayang seorang ibu tidak pernah luntur walaupun tinggal di hujung usia.

"Tengok keadaan dululah, mak. Kalau ada masa, Irtifa baliklah sini. Okey mak, Tifa balik dulu,". Gadis tinggi lampai berkulit cerah itu menyalami sepasang tangan ibunya yang penuh dengan kedutan. Tok Teh mencium dahi anak gadisnya dengan penuh rasa rindu yang pastinya akan berlanjutan. "Apa ni mak? Irtifa bukannya budak-budak lagi!". Kata-kata itu meluncur bersama pandangannya yang tajam. Tok Teh kelu. Adakah dia sedang menagih kasih anak sendiri?



2007

"Mak Teh, Pakcik Dayyan dah mati empat setengah pagi tadi," Ujar Amran setelah pintu rumah usang Tok Teh dikuak. Amran merupakan anak kepada sepupu Tok Teh. "Tuhan sayang dia lebih..." Kain selubung kepala yang tersangkut di belakang pintu dicapai dan disarungkan ke kepala. Tok Teh kelihatan tenang menerima perkhabaran itu.

Tok Teh dan Tok Wan Dayyan ialah adik-beradik. Tok Wan Dayyan adik Tok Teh. Jarak antara rumah Tok Teh dengan rumah Tok Wan Dayyan lebih kurang satu kilometer. Jalan ke sana agak sempit untuk dilalui dua buah kereta. Maklumlah, kampung. Rumah Tok Wan Dayyan di hujung kampung letaknya. Terdapat semak-samun kiri dan kanan. Namun, dihadapannya terbentang laman yang luas. Setiap kali anak cucu Tok Wan Dayyan pulang, di laman itulah mereka bermain-main.

Tepat 4.35 pagi, Tok Teh sampai ke rumah Tok Wan Dayyan, menumpang kereta Amran. Wajahnya yang kedut seribu tampak sayu. Tok Teh tiada sesiapa lagi. Bergenang air matanya. Anak-anak pula sudah lupa daratan. Pukul 7.15 pagi, aku sampai daripada Pulau Pinang. Aku terpisat-pisat cuba membuka kelopak mata apabila ibu memberitahu Tok Wan Dayyan, ayah kepada ibu sudah pergi menghadap Ilahi. Ibu... sungguh tenang kulihat wajahmu...


Tiga Bulan Kemudian


Hari itu, aku pulang ke kampung. Menjenguk nenekku, Aa'eedah yang kesunyian lantaran pulangnya Tok Wan Dayyan ke Rahmatullah. Rumah itu sepertinya dibungkus sepi. Aku lihat kerusi plastik di tepi tingkap, tidak diubah kedudukannya. Walaupun tuannya yang dahulu telah 'pergi' tiga bulan lalu. Arwah Tok Wan Dayyan suka duduk di kerusi itu, sambil menghisap rokok daun, beliau mengamati pemandangan ciptaan Allah.

Ah, rindu benar kampungku ini! Aku menghayun kaki melangkah keluar dari rumah menuju ke sungai. Aku terlihat sebuah rumah batu yang tidak siap dibina. Mengikut cerita ibu, rumah itu dibina untuk Tok Teh. Entah bagaimana, pembinaan itu tertangguh. Teringat cerita dulu-dulu, orang-orang tua di kampung itu melarang keras aku dan sepupuku mendekati rumah itu. Katanya ada 'benda' yang menghuni. Saat aku makin membesar, aku faham sebenarnya yang menghuni itu ialah ular, lipan, tikus, dan lain-lain.

"Mu anak sapo?"
Khayalanku pecah berderai. 'Tok Teh? Tak ingat aku eh?'. Aku tersenyum mengamati wajah orang tua itu. "Anak Zaweeya, Tok..". Kuhulurkan tangan mahu bersalam. Tetapi salamku tidak bersambut. "Dayyan ada dak kat ghumah?". Tanya Tok Teh. Aku keliru. "Tok Wan Dayyan kan dah meninggal, tok?".

"Bila pulak dia ninggai?"
"Dah lama dah tok. Tok tak ingat? Hari tu Tok pi ziarah? Tak ingat ka?"
"Dia ada kat mana laa ni?". Dahiku berkerut. "Tok Dayyan dah meninggal. Ada dalam kuburlah maknanya, Tok."

Kasihan Tok Teh. Sudah nyanyuk rupanya. Pada mulanya mahu sahaja aku ketawa. Namun saat aku memikirkannya semula, aku jadi hairan. 'Kenapa Tok Teh tanya tentang Tok Wan Dayyan? Kenapa tak tanya tentang anak-anaknya yang sudah lama tak kunjung khabar?'.

Sejak hari itu, setiap hari Tok Teh berulang-alik dari rumahnya ke rumah arwah Tok Wan Dayyan sejauh satu kilometer. Soalan yang sama diajukan banyak kali. Pernah suatu hari aku terdengar bicara Nenek Aa'eedah dengan Tok Teh. "Dayyan ada? Mana dia?"

"Teh oo Teh... Dayyan takdak dah. Dia tak idup dah,"
"Laaa ihh, dia buat apa kalo tak idup dah?"
"Dia tido nuu,"
"Tido kat mana?"
"Dalam kubo tuu!"
"Buat apa tido dalam kubo soghang-soghang?"

Nenek Aa'eedah diam. Malas melayan. Jauh di sudut hatinya, rasa rindu kian bercambah terhadap arwah si suami. Rasa kasihan kian bertambah terhadap Tok Teh. Aku yang mendengar sekadar membisu. Jauh sekali menyampuk.

Beberapa soalan menerjah mindaku;

'Di mana anak-anak Tok Teh sekarang ni?'
'Tok Teh ingat tak anak-anaknya?'

Selepas satu tahun, jarang sekali Tok Teh berkunjung ke rumah arwah Tok Dayyan. Ibuku, emak dan bapa saudaraku bergilir-gilir menjaga Nenek Aa'eedah. Aku tidak tahu nasib Tok Teh sekarang. Doaku, moga terbuka hati anak-anak Tok Teh untuk pulang memohon keampunan ibu mereka sementara ibu mereka masih belum diambil nyawanya.


TamaT