Search site


Contact

Iera Nadira [tuan punya belog]

E-mail: iera96nadira@ymail.com



Kecewa? Usaha lagi ya.

Sampai berjaya!

Hidup biar selamba beb!

Stress? Meh goyang-goyang kepala

macam ni. Gi amik wudhu pun boleh.

Banyak masalah ya?

Masalah ummah di luar tu lebih besar... =)

Di Kala Jiwa Mulai Kacau

12/05/2010 17:57

 

Sememangnya kita tidak akan terlepas daripada kefuturan jiwa / jiwa yg down disebabkan dek kesibukan belajar, assignment, tekanan di tempat kerja, pandangan mata yg tak terkawal, zikir dan ibadah khusus yg kurang/tidak dilaksanakan dan sebagainya.

Terlalu banyak alasan boleh diberikan utk menjustifikasi kefuturan jiwa sehingga jika dibiarkan akhirnya kefuturan menjadi parah dan tidak boleh dirawat lagi.

Jiwa itu tidak lembut lagi malah semakin kasar dan keras. Jiwa yang kasar dan keras melahirkan tingkahlaku yang kasar dan keras juga yang mana akhirnya mengakibatkan pergaduhan, kebencian, permusuhan, kemusnahan, pembunuhan dan segala natijah yang menjahanamkan diri sipemilik jiwa tsbt dan menganggu kehidupan yang lain.

Sesungguhnya jiwa akan mulai kacau dan serabut sedikit demi sedikit ketika fokusnya lari daripada fokus utamanya mgkn sebagaimana si pemandu kenderaan hilang fokus dalam pemanduannya. Pemandu yang terus menerus hilang fokus dlm pemanduannya boleh saja mengakibatkan kemalangan. Pastinya tiada siapa yg waras yang mahu terlibat dlm kemalangan fizikal ini kerana sedar akan bahaya yg menanti. Begitulah juga jiwa yang semakin hilang fokus juga boleh mengakibatkan kemalangan.

Kemalangan jiwa/hati adalah lebih parah daripada kemalangan fizikal kerana hati adalah raja dalam diri manusia. Kesan dari ‘kemalangan jiwa’ lebih besar dari kesan kemalangan fizikal tadi. Lihatlah kesan2 jenayah peperangan yg berlaku hari ini adalah hanya sekelumit cth daripada kesan kemalangan jiwa yang berlaku hari ini.

Sesungguhnya fokus utama jiwa yg sebenar ialah mengingati Allah, bila Allah dilupakan maka pancaran gelombang hidayah ke dalam jiwa semakin berkurangan dan akhirnya tenggelam dalam ‘noise’ yang semakin banyak masuk.

“Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.(surah Taha ayat 124:)

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya (Qarin). (Surah Az-Zukhruf : Ayat 36)

“Hanyasanya dengan zikrullah itulah hati menjadi tenang” (surah al-Ra’du:28).

Mudah-mudahan dengan segera merasai jiwa yang semakin down dan cepat utk kembalikan fokus kepada Ilahi dapat merefreshkan semula jiwa tsbt, apatah lagi dengan melakukan ibadah2 tambahan yg dapat melonjakkan lagi darjat jiwa tsbt di sisi Allah, semakin hampir dan semakin hampir kepada pusat sinaran gelombang hidayah.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Dan orang-orang yang bermujahadah (berjuang, berjihad, berusaha dan bersungguh-sungguh) pada pihak Kami, maka pasti dan pasti dan pasti Kami (yakni pihak Allah Taala) akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. (Al-‘Ankabut [29]: 69)

 

Apa yg boleh dilakukan di kala jiwa down, yg mana mgkn terasakan berat lidah utk berzikir dan membaca Al Quran, kaki utk melangkah menyahut panggilan muazzin utk mendirikan solah, nafsu lebih bergejolak utk tengok benda-benda yang lagha dan maksiat, ialah…perhatikanlah alam ciptaan Allah yang maha luas ini. Lemparkanlah pandangan ke langit melihat kebiruan langit yang indah yang lebih hebat ciptaannya tanpa tiang, dengan gerakan awan berkepul-kepul yang teratur dalam pelbagai bentuk, yg lebih luas daripada hidup duniamu yang sempit. Kemudian renungilah diri sedalam-dalamnya kekerdilan diri dan kebesaran langit ciptaan Tuhan, maka disebalik itulah jiwa akan merasakan kehebatan dan kebesaran Allah Pemilik alam ini dan segala isinya.

      (Dia) Pencipta langit dan bumi (QS. Asy Syuura, 42:11)

“Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membinanya, Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya” (QS. An Naazi’aat, 79:27-28)

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (QS. Al Anbiyaa’, 21: 32)

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (QS. Faathir, 35: 41)

Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. An-Nahl, 16: 17-18)

Jiwa yang mula merasakan kehebatan dan kebesaran Allah akan merasai titisan-titisan segar iman mgkn sbgmn titisan air yg segar yg mengalir di tekak yang sangat kehausan atau tubuh yang sangat kepanasan. Titisan segar yang berterusan inilah yang kemudiannya memberikan kekuatan kembali utk beramal.

 

- Paksi.Net