Search site


Contact

Iera Nadira [tuan punya belog]

E-mail: iera96nadira@ymail.com



Kecewa? Usaha lagi ya.

Sampai berjaya!

Hidup biar selamba beb!

Stress? Meh goyang-goyang kepala

macam ni. Gi amik wudhu pun boleh.

Banyak masalah ya?

Masalah ummah di luar tu lebih besar... =)

Bagaimana Menjawab Soalan Dari Non-Muslim?

12/05/2010 18:05

 

Sedar tidak sedar, kita sekarang ini merupakan generasi akhir zaman. Banyak kekecohan yang terjadi. Banyak fitnah yang ditabur orang kafir terhadap agama suci kita ini, agama ISLAM. Banyak cara untuk mereka merosakkan iman dan aqidah kita. Lalu, apakah insiatif yang boleh kita ambil untuk menghadapi mereka-mereka ini?

Mereka akan selalu bertanya kepada kita mengenai ALLAH, ISLAM. Tidak salah untuk mereka bertanya jika soalan yang mereka ajukan itu datang daripada hati yang ikhlas. Tetapi masalahnya, ada diantara mereka(tidak semua..) yang bertanya hanya kerana ingin memesongkan aqidah kita. Jadi di sini, saya sertakan beberapa soalan berserta jawapan yang saya kutip daripada internet untuk anda semua yang sudi membaca artikel tidak seberapa ini. =)

1. Kenapa orang Islam kena sembahyang sampai 5 kali sehari?
kita solat untuk mendekatkan diri kepada Allah,(solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar, surah At-Taubah:45). Bila kita sentiasa solat dan mendekat diri dengan Allah, tentunya kita segan nak buat dosa/maksiat. Maksudnya dalam sehari, kita solat 5 kali, kita kerap berhubung dengan Allah, hati tenang, dan akhlak terjaga.

2. Kenapa orang Islam harus berpuasa?? Tak menyusahkan ke??
dari segi saintifik, banyak sangat kelebihan berpuasa. Contohnya, singkirkan toksin. Kerana sebelum kita berpuasa, kita makan terlalu banyak makanan termasuk bahan kimia dan toksin. Dan toksin ini tak dapat disingkirkan oleh hati sebab ianya terlalu banyak. Jadi, toksin tadi akan bertimbun dibawah tisu adipos(di bawah kulit). bila kita berpuasa, glukosa tiada dalam badan kerana tidak makan, jadi badan akan mengambil kanji yang disimpan sebagai lemak di bawah kulit tu, dalam masa yang sama toksin akan dikeluarkan, toksin tadi akan dialirkan ke hati dan diuraikan. Badan pun jadi lebih sihat.

3. Kenapa wanita Islam perlu tutup rambut?? Rambut wanita itukan cantik? Apa salahnya tunjuk??
Disebabkan rambut itu cantiklah, kita perlu tutup. Saya berikan satu analogi ya;
Anda mempunyai sebuah kristal yang sangat berharga, yang sangat cantik! Adakah anda akan menayangkan kristal itu kepada semua orang? Sudah tentu tidak, bukan? Anda tidak takutkah sekiranya kristal itu disentuh oleh seseorang yang mempunyai tangan yang kotor! Berhabuk?! Oh, tidak! Semestinya anda akan menutup kristal itu, menyimpan kristal itu agar ia tidak disentuh sesiapa, bukan?? Dan bukankah rambut itu diibaratkan sama seperti 'Mahkota Wanita'..? Haruskah mahkota itu dibiarkan untuk disentuh dan dilihat sesiapa?? Mana tahu ia mungkin dicuri?? Begitulah juga dengan rambut wanita. Faham?

4. korang Islam tak nampak Allah. Jadi kenapa korang percaya dengan kewujudan Allah? Padahal korang bukannya nampak Allah pun...
Saya berikan analogi lagi ya, dengan menggunakan dialog;
Non-muslim: kenapa engkau percaya dengan kewujudan Allah. Kau bukannya nampak Allah pun, kan?
Islam: Okey, aku memang tak nampak Allah, tapi aku percaya bahawa Allah itu ada.
Non-Muslim: Oh, kau ada bukti?
Islam: Hurm, kau percaya pada kewujudan udara?
Non-Muslim: Tentulah!
Islam: Aik! Bukankah kau tak nampak udara itu, kenapa kau percaya pada kewujudannya?
Non-Muslim: Aku percaya bahawa adanya udara sebab kalau tak ada udara, tak mungkin aku dan engkau boleh hidup.
Islam: Begitu ya.. aku pula percaya bahawa Allah itu ada kerana kalau Dia tiada, tak mungkin aku dan engkau boleh berada di dunia ini. Dan jika Allah itu tiada, tidak mungkin udara itu wujud. Kau perhatikan sekeliling kau, bagaimana boleh wujudnya gunung-ganang itu semua? Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Allahlah yang menciptakan kita semua di dunia ini..

5. Bukankah hudud itu kejam? Kenapa Islam suruh buat??
Setiap apa yang Allah suruh itu ada hikmahnya. Kau perhatikan, Israel dengan sewenang-wenangnya bunuh rakyat Palestin tanpa alasan yang kukuh! Israel lebih kejam atau Islam? Israel dengan 'slamber dekk' nya bom negara orang. Adakah yang kejam itu Islam? Cuba fikir, jika hudud itu dilaksanakan, pasti kes jenayah tidak akan berleluasa!

6. Kenapa kafir yang sangat baik pun masuk neraka? Adil ke?
Salah kafir itu juga. Kenapa semasa hidup di dunia, dia tidak menerima Islam sebagai agamanya? Walaupun dia tahu agama Islam itu benar, mengapa dia masih berpegang kepada agamanya? Solat itu tiang agama bagi orang Islam. Orang kafir yang baik seperti malaikat sekalipun, jika dia tidak menyembah Allah, ke neraka jugalah dia.. seseorang yang tidak menyembah Allah ibarat dia seperti tidak mengakui bahawa Allah itu berkuasa ke atasnya. Maka, layakkah orang yang tidak mengakui bahawa Allah itu berkuasa, mendapat syurga?

7. babi dengan anjing tu teruk sangat ke?
kalo Kristian tanya, boleh quote bukti dalam Bible diorang kasi diorang terkejut.

leviticus 11:8
mark 5:13
 
8. Mengapa ada diantara perempuan Islam tidak memakai tudung? Sedangkan Islam sudah memerintahkannya?

Begitu jugalah dengan agama yang lainnya yang memerintahkan penganutnya melaksanakan
tuntutan agama mereka akan tetapi ada juga pengikutnya yang ingkar dan tidak melaksanakan tuntutan agama mereka. Adakah agama mereka dipersalahkan kerana penganut-penganutnya ingkar? Bukankah agama mereka melarang melakukan keingkaran?
Begitulah Islam yang tidak boleh diukur kepada pengganutnya yang ingkar. Islam perlulah dilihat dari ajaran dan syariatnya yang telah ditetapkan.
 
9. Kenapa kiblat orang Islam ke Kaabah? Orang Islam sembah Kaabah?

Kaabah hanya menjadi satu arah/petunjuk untuk memberitahu kami di mana kiblat kami. Kalaupun kaabah dipindahkan ke Malaysia, kiblat kami masih ke arah Mekah. Kami orang Islam tak sembah kaabah. Kalau betul kami sembah kaabah, kenapa kami berani pijak kaabah(gambar kaabah atas sejadah tuu..)? Malah bagi penyembah2 berhala, mereka tidak akan sanggup memijak gambar2 berhala mereka seperti brahma, shiva, krishna.. kami orang Islam sudah biasa memijak, melangkah dan duduk di atas gambar kaabah. Ada seorang sahabat Rasullullah memijak kaabah untuk melaungkan azan. Itu bermakna kami tidak sembah kaabah, kami sembah Allah!

p/s: jawapan yang diberi banyak tidak dikaitkn dengan ayat Al-Quran kerana mereka yang bertanyakan soalan ini kebanyakannya lebih pentingkn pemikiran dari dalil naqli.. maka cara terbaik untuk menjawab soalan mereka ialah dengan memberi analogi.

Orang bukan Islam ni, kebanyakkannya kritis. Jadi untuk menjawab soalan mereka, kita juga harus kritis. Berilah jawapan paling logik dan berilmiah. Kita juga harus banyak membaca. Kebanyakan saudara-saudara baru menganut agama Islam kerana soalan mereka dijawab dengan baik dan tidak dapat dipatahkan lagi. =)