Sweet..?
Like a marchmallow?
Cute..?
Like a teddy bear?
Funny..?
Like a Mr.Bean?
Sweet, cute, funny? WOW!
It just like my best friend who is reading this SMS now!
I miss you my friend (^^,) - Damea
Eliya menghela nafasnya. Telefon bimbitnya digenggam erat. Seolah-olah takut dicuri sesiapa. Dia membaca lagi mesej yang dikirim Damea berulang-kali. 'Ah, dusta!'. Kemuraman terpancar melalui matanya yang semakin kuyu. Entah apa yang bermain di kotak mindanya. Entah. Sejak dua menjak ini, Eliya cuba menjauhkan diri daripada Damea. Daripada semua teman-temannya.
Tanpa sedar, air mata Eliya menitik perlahan. Hatinya pilu. 'Kenapa aku menangis kerana mereka? Gila!' Lekas-lekas Eliya mengesat air matanya. Telefon bimbit hadiah daripada ibu saudaranya dimatikan. Dia tidak mahu Khidmat Pesanan Ringkas daripada Damea menganggu ketenteraman hati dan dirinya untuk tidur pada malam itu.
------------------
(IMBAS SEMULA)
"Dia tu anak bekas pelacur! Ibunya buat kerja kotor!"
"Patutlah suka berlagak baik, rupa-rupanya...!"
"Aku taknak berkawan dengan dia! Euuu~!"
"Laa, kau orang ni..."
"Apa?! Tu anak bekas pelacurlah!"
"Dia tu mesti anak luar nikah!"
"Kau nak kawan dengan dia, pergilah! Kita taknak!"
Baru hendak memulas tombol pintu bilik Literasi Komputer, Perasaan Eliya hancur luluh terdengar suara rakan-rakan yang mengumpatnya di dalam bilik tersebut. Entah bagaimana mahu menggambarkan perasaannya pada waktu itu. 'Bagaimana mereka tahu masa silam mama? Itu salah mama, bukan salah aku! Mereka memang teruk!'. Teresak-esak Eliya menangis sepanjang hari hingga dia tidak berdaya melakukan apa-apa.
------------------
Pagi keesokkannya, dengan hati yang terpaksa Eliya ke sekolah. Sebolehnya, Eliya tidak mahu bertemu mereka semua yang mengumpatnya. Eliya malu. Malu yang teramat malu. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan nanti jikalau mereka semua mengejeknya pula dihadapan pelajar lain. Eliya berjalan ke kelas dengan wajah yang menunduk. Tiba-tiba, dia merasa ada seseorang menyentuh bahunya. "Eliya!''
Eliya menoleh. Damea berdiri tegak di belakangnya sambil tersengih. ''Kenapa dengan kau, Eliya? Kelmarin, kau senyap sahaja selepas habis subjek LK. Bercakap pun tidak. Aku SMS kau tak balas. Kenapa ni??''. Eliya menarik muka. Dia berlalu pergi meninggalkan Damea yang terpinga-pinga. Matanya berair. Menangis dalam diam.
-------------------
Eliya, knapa neyh? - damea
Khidmat pesanan ringkas Damea tidak berbalas.
Marahkan aku dan rakan2 len ea?
Damea mencuba lagi dengan harapan ia dibalas Eliya. 'Kenapalah dengan Eliya tu? Merajuk apa dia ni? Tiba-tiba ja!' Monolog hati Damea, bersungut. 'Menyampah aku!'
--------------------
WAKTU REHAT DI TAMAN SEKOLAH
"Semalam aku nampak kau bersembang dengan budak luar nikah tu. Kau sembang apa?" Ujar Qaleesya, mencebik.
"Aku tak sembanglah! Tolong sikit!" Kata Iffah, menidakkannya. ''Aku minta dia buku latihan Matematik dia, nak salin jawapan..."
"Selambanya kau! Bebal binti bengap betul laa dia tu. Kenapalah senang sangat dia pinjamkan kau buku latihan dia. Kalau aku, mampus tak bagi! Buatlah homework sendiri!" Kata Atul, mencelah perbualan mereka. "Piraaah! Tak bagi konon! Kau pun tak siaphomework, nak bagi macam mana??". Perli Damea. Mereka bertiga ketawa bagai mahu pecah perut. Atul terasa diperkenakan. "Memang budak tu bebal binti bengap, ibunya pun sama! Bekas... bekas apa eh??".
Mengumpat, satu perkara yang mungkin menjadi rutin harian seseorang dan mungkin sangat menyeronokkan. Tetapi, yang tidak seronoknya ialah hukuman yang akan diterima nanti.
"Woi! Kau orang mengumpat ek?!" Jerit seorang pengawas sekolah yang bernama Aiyeza, kebetulan dia lalu di taman sekolah itu. "Suka hatilah! Sibuk!" Kasar kata-kata yang terbit daripada mulut Damea. "Aku memang sibuk. Sibuk cari orang yang sedang berghibah!''
Damea mengangkat kening. "Kenapa kau orang tak ajak aku mengumpat sekali? Mentang-mentang aku pengawas. Apalah kau orang..." Ujar Aiyeza, sambil berjalan ke arah Damea dan rakan-rakannya. Pengawas pun nak mengumpat ya?
"Eh, itu Eliya, kan? Eliya, marilah sini!". Jerit Damea sambil melambai-lambai ke arah Eliya. "Alah, Eliya malu-malu pula. Marilah sini adik manja...". Ejek Iffah yang terkenal dengan mulut lasernya. Kecil hati Eliya diejek begitu.
Eliya tidak sedar bahawa Aiyeza berada di situ. "Aku ingat kamu semua kawan baik aku! Damea, sampai hati kau buat aku begini! Depan aku kau buat baik! Tapi kau mengumpat di belakang aku! Aku tahu aku anak luar nikah! Tapi aku juga manusia! Aku ingin hidup seperti orang lain! Ini bukan salah aku! Tapi, aku juga tak mahu menyalahkan ibuku! Sekurang-kurangnya dia sudah bertaubat dan dia tidak membuang aku!!" Eliya terduduk. Puas dapat meluahkan semua yang terpendam. Kakinya bagaikan lemah mahu menongkat tubuh. Air matanya turun laju membasahi pipi.
"Apa kau cakap, ni?" Damea mengerutkan dahi.
"Kau anak luar...!" Iffah tidak dapat menahan rasa terkejutnya.
"Eliya?! Kau...! Okey okey! Bila kami semua mengumpat kau pula ni?! Kau?? Biar betul?!" Hati Atul berdebar. 'Apa semua ni?!'
Eliya mengesat air matanya. "Kau orang tak perlu berlakon depan aku! Aku dengar kau orang mengumpat aku dalam bilik LK hari tu! Aku tak tahu mana kau orang tahu pasal status aku, tapi...tapi! Annoying!''. Damea, Iffah, Atul dan Aiyeza berpandangan sesama sendiri. "Kami... kami tak ngumpat kau, kami ngumpat orang lain. Nama dia Syafawana, kau tak kenal dia. Dan.... erm, aku tak faham! Kau...?" Ujar Damea menjelaskan situasi sebenar. Dia tidak berbohong.
Eliya terpaku. 'Jadi, aku salah faham?'. Monolog hatinya. Eliya serba-salah. Sekarang, semua sudah tahu mengenai apa yang dia tidak mahu mereka tahu. Eliya berdiri. Mengesat air matanya sekali lagi.
"Eliya...". Damea mula berlembut. Atul menundukkan wajahnya. Malu kerana terpaksa mengaku telah mengumpat orang lain. Iffah merasa kurang senang dengan situasi itu. Selama ini, begitu seronok dia mengaibkan diri orang lain tanpa dia sedar, perkara yang sama menimpa rakan baiknya, Eliya, anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.
Eliya merasa malu. Lebih malu daripada sebelumnya. Eliya membuka langkah, mahu pergi dari situ. Manik jernih yang tumpah dibiarkan tidak dikesat.
'Eliya.. aku minta maaf,' Damea kesal. Kesal dengan perbuatannya yang suka berghibah. Disebabkan itu, ukhuwwah yang dibinanya terputus akibat salah faham. Hanya kerana itu...
TAMAT-
Karya: Iera Nadira
Pengajaran:-
1. Mengumpat membawa musibah
2. Jangan merendah-rendahkan diri orang lain, siapa tahu dia sebenarnya lebih bagus daripada kita.
3. Pegang amanah dengan baik
1. Mengumpat membawa musibah
'Eliya.. aku minta maaf,' Damea kesal. Kesal dengan perbuatannya yang suka berghibah. Disebabkan itu, ukhuwwah yang dibinanya terputus akibat salah faham. Hanya kerana itu...
2. Jangan merendah-rendahkan diri orang lain, siapa tahu dia sebenarnya lebih bagus daripada kita.
"Selambanya kau! Bebal binti bengap betul laa dia tu.
3. Pegang amanah dengan baik
"Kenapa kau orang tak ajak aku mengumpat sekali? Mentang-mentang aku pengawas. Apalah kau orang..." Ujar Aiyeza, sambil berjalan ke arah Damea dan rakan-rakannya. Pengawas pun nak mengumpat ya?